Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada kali ini aku ingin menulis mengenai kenangan sewaktu di majlis perkahwinan kakak saudara aku pada minggu lepas...Akak saudara aku merupakan cucu perempuan sulung dalam keluarga kami dan merupakan cucu perempuan pertama yang berkahwin...Jadi suasananya agak meriah sekali kerana ini merupakan perkahwinan kali pertama dalam keluarga kami..Pada malam hari khamis tersebut berlangsungnya majlis berinai kecil dirumah saudara ku...Memamg meriah sekali walaupun secara kecil-kecilan kerana semua saudara berkumpul setelah lama tidak bertemu...Aku terpaksa menunggu giliran sampai pukul 1 pagi untuk memakai inai kerana bilangan ahli dalam keluarga kami agak ramai..Pada hari Jumaat selepas magrib akak saudaraku telah selamat diijab kabulkan bersama pasangannya dengan sekali lafaz sahaja...Alhamdulilah...Pada malam yang sama juga telah berlangsungnya malam berinai besar..Ramai tetamu yang hadir....Keesokkannya pula,telah berlangsung la majlis dirumah pihak perempuan iaitu rumah akak saudara ku...Bertemakan songket sarawak semua ahli dalam keluarga kami memakai pakaian darapida songket sarawak....Kenangan yang dicipta kan ini akan selalu menjadi sesuatu memori yang terindah bagi kami walapun keletihan dan kepenatan melayan tetamu yang hadir ......Sekian sahaja ceritaku pada kali ini jumpa lagi.....
byebye

No comments:
Post a Comment