Friday, 29 April 2016

Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                           Harini aku ingin menceritakan mengenai makanan.....Kalau sebut pasal makanan mesti semua orang suka kan ?????? Termasuklah aku hahahahahaha.....Bagi aku makanan boleh membahagikan aku.....Aku kalau suka pada sesuatu makanan itu aku akan suka sampai bila-bila dan tidak ada seorang pun yang boleh menghalang aku....Kalau pergi ke Aeon aku pasti akan singgah ke kedai roti disitu untuk membeli roti kegemaran aku dan mood aku akan berubah jika roti itu tidak ada atau da habis.....Aku selalunya akan membeli 3 roti itu untuk aku seorang sahaja dan aku tidak akan kongsi dengan orang lain roti tersebut....Semua orang dalam keluarga aku tahu aku kalau bab makanan memang susah sikit nak kongsi dengan orang lain nak-nak kalau makanan itu sedap bagi aku....Haritu ketika aku pergi ke Langkawi aku menginap di Hotel Bahagia dan terdapat kedai roti disitu......Masatu aku check-in dalam pukul 5 camtu sebelum masuk ke bilik aku singgah untuk melihat apa yang dijual dikedai roti itu dan cuba teka apa yang aku nampak??????? Hahahahahaha aku nampak pizza tuna dan aku terus membelinya kerana ia masih panas lg...Sampai sahaja bilik selepas berkemas dan membersihkan diri aku pun menikmatinya.....Ya Allah rasanya tersangatlah sedap bagiku....tuna dia begitu banyak sekali dengan cheesenya hanya Allah jea yang tahu perasaan aku ketika itu....Tetapi aku berasa sedih kerana keesokkan malamnya selepas balik dari membeli belah aku singgah ke kedai roti tersebut tetapi pizza tuna itu da habis da sedih rasanya dan aku terus cakap pada diri sendiri takpe esok pagi kena beli cepat-cepat....Keesokkan paginya sebelum balik ke Melaka aku singgah untuk membelinya tetapi pizza tuna tidak siap lagi hmmmmmm kecewa sungguh aku sebab hanya dapat merasainya sekali sahaja takpe la mungkin ada hikmah disebaliknya.....Think positive.....

Byebye

Thursday, 28 April 2016

Arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

                   Pada kali ini aku ingin berkongsi mengenai arnab sepupu aku yang mempunyai gigi seperti arnab hahahahahahaha.....Sepupu aku bernama khaliesah dan kami selalu memanggilnya dengan panggilan esya.....Dia selalu menjadi bahan usikkan kami apabila kami bertemu...Dia mempunyai gigi yang unik iaitu seperti arnab...Dalam kalangan adik beradiknya dia seorang sahaja yang bergigi arnab....Walaupun dia mempunyai gigi seperti arnab tetapi apabila dia senyum,senyumannya sungguh manis untuk dipandang hahahahaha....Esya seorang yang penyabar bagi aku kerana walaupun seringkali diejek giginya seperti arnab dia tidak cepat melenting atau sentap dengan kami ,yang membuatkan kami suka menyakatnya...Bagi aku walaupun dia sering digelar memiliki gigi seperti arnab tetapi sifatnya yang tidak suka membalas balas ejekkan yang dilontarkan kepadanya patut dicontohi kerana ada sesetengah orang kalau kita menyakat dia,dia akan marah dan naik angin tetapi kalau dia menyakat orang boleh pulak...Orang sepertinya aku rasa baik hidup sorang jea kalau orang lain tak boleh menyakat dia balik....Sekarang ini kami tidak panggilnya lagi dengan gelaran gigi arnab kerana masing-masing pun sudah meningkat dewasa dan panggil itu tidak sesuai untuk dipanggil lagi seperti dulu....Jadi pengajaran yang aku dapat ialah kita janganlah cepat melenting kalau seseorang mengejak kita sebaliknya kita harus bersabar kerana lama kelamaan orang tersebut akan diam kerana penat menyakat kita...Sekian terima kasih...

Byebye

Sunday, 24 April 2016

Percutian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

            Hari ini aku ingin menceritakan mengenai percutian aku ke Langkawi pada cuti pertengahan semester minggu lepas....Percutian selama 3hari 2malam aku di Langkawi memanglah sangat bermakna....Banyak tempat yang aku dan keluarga aku pergi melawat.....Salah satu daripadanya ialah Makan Mahsuri....Banyak pengetahuan mengenai Mahsuri dan lagendanya yang boleh kita perolehi..Seperti yang kita tahu Mahsuri mempunyai darah yang berwarna putih....Selain itu,aku dan keluarga juga pergi ke Geopark untuk merasai bagaimana perasaan menaiki kereta cable....Mula-mula gayat la jugak tapi setelah berada lama diatas itu perasaan gayat mula pudar sedikit-sedikit...Hahahahahahaha....Kalau pergi ke Langkawi yang terkenal dengan pelabuhan bebas cukai sudah semestinya banyak barang yang harganya murah-murah....Mak aku memborong pinggan mangkuk,peralatan memasak dan sebagainya disana hahahaha tetapi aku hanya memborong coklat sahaja....Seperti yang kita tahu harga coklat di Langkawi berbeza dengan negara-negara yang lain....Jadi memang banyak lah coklat yang aku borong...Bak kata pepatah sekali sekala datang bukan selalu....Sampai disini sahaja penulisan aku untuk kali ini sekian terima kasih ......

Byebye.....





Saturday, 23 April 2016

Ujian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

             Pada kali ini aku ingin bercerita mengenai ujian....Minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan semester bagi aku dan rakan-rakan...Minggu nie sahaja aku ada dua paper pada hari sabtu dan ahad....Stresssssssss sudah semestinya dirasai apabila tiba musim ujian...Kadang-kadang rasa macam tak pernah belajar pun ada padahal semua telah diajar tetapi aku yang lupa hahahahahaha....Kena makan kismis banyak-banyak nie supaya tak mudah lupa hehehe...Aku cuba melakukan yang terbaik untuk ujian-ujian ini supaya dapat markah yang bagus dan boleh membantu sewaktu final nanti..Matemik dan Akaun dua-dua melibatkan pengiraan tetapi bukan senang kerana aku kena memahami formula yang diberikan supaya dapat diaplikasikan dalam soalan yang diberikan.....Aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.....Insyallah....Doakan aku supaya dapat menjawab semua soalan-soalan ujian pertengahan semester ini yea....Sekian sahaja untuk kali ini...

Byebye.......

Friday, 8 April 2016

Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

                  Harini aku ini berkongsi mengenai impian aku....Impian aku pada mulanya adalah ingin menjadi seorang cikgu Bahasa yang berjaya kerana aku ingin memartabatkan bahasa kita tetapi malangnya impian aku itu tidak kesampaian kerana aku gagal untuk melanjutkan pelajaran aku ke maktab perguruan....Aku tidak mengalah begitu sahaja walaupun aku tidak boleh menjadi seorang guru bahasa tetapi aku yakin suatu hari nanti aku boleh menjadi seorang pensyarah yang berjaya dalam bidang yang aku pelajari sekarang ini....Kalau nak bercerita mengenai impian aku ini memang banyak sekali tetapi aku kongsi hanya yang penting sahaja hahahahahaha....Impian aku yang seterusnya adalah untuk membalas jasa kedua ibu dan bapa aku.....Yea mereka telah banyak berkorban untuk aku dan adik-beradik aku yang lain banyak halangan dan rintangan yang mereka tempuhi dalam membesarkan kami semua...Aku hanya boleh belajar bersungguh-sungguh sekarang ini dan mendapat pekerjaan yang bagus agar mereka boleh hidup bahagia kerana aku adalah anak bongsu dalam family dan aku seorang sahaja yang masih belajar jadi aku akan sedaya upaya cuba untuk membanggakan mereka seperti adik-beradik aku yang lain....Aku juga mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman aku dan rumah impian aku....Aku akan cuba untuk merealisasikan semua impian yang aku ada suatu hari nanti ...Itu janji aku pada diri sendiri....Doakan agar segala impian aku tercapai..Aminn...Sehingga berjumpa lagi dicoretan yang seterusnya....

Byebye

                                                     


Thursday, 7 April 2016

Hobi

Assalamualaikum.......

          Bila sebut pasal hobi sahaja, aku rasa kebanyakkan diantara kita mempunyai hobi yang tersendiri dan lain orang lain hobinya.......Bagi aku hobi aku adalah untuk membaca novel......Yea memang aku peminat tegar novel-novel yang ada baik novel melayu mahupun novel english....Aku lebih suka menghabiskan masa lapang aku dengan membaca novel.....Novel yang ada dirumah pun da tak terkira da berapa buah yang aku ada hahahahahaha......Bagi aku apabila kita membaca novel kadang-kadang ada benda yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian....Tapi kalau novel pasal cinta-cinta nie susah sikit la sebab novel pasal cinta nie kebanyakkanya hanyalah hayalan ataupun imaginasi penulis sahaja susah kita nak jumpa kisah cinta dalam novel yang menjadi realiti....Tapi novel cinta la yang suka aku baca hahahahahahaha.....Walaupun sukar menjadi kenyataan seperti yang kita baca tetapi bagi aku ia merupakan sesuatu yang menarik untuk dibaca dan dapat menghiburkan diri sendiri kadang-kadang...Aku nie jenis yang sukar beli novel tapi aku tidak mempunyai almari yang khusus untuk novel-novel aku kadang-kadang merata-rata aku letak novel aku huhuhuhu kalau orang nak ambik novel aku ambiklah tetapi bagi aku habis baca dulu...Itu adalah hobi aku untuk memenuhi masa senggang....

Byebye.......

Wednesday, 6 April 2016

Cuti

Assalamualaikum........

           Mood aku sekarang adalah untuk bercuti.....tak sabarnya aku nak cuti minggu depan asyik mengira jea berapa hari lagi nak balik ke rumah....walaupun hampir setiap minggu aku balik tapi rasanya tetap tak sama apabila balik minggu-minggu dan balik untuk cuti mid sem....Bagi aku ia adalah dua perkara yang berbeza-beza hahahahahaha.......Aku rindu anak-anak buah aku kat rumah,aku rindu kembar aku banyak benda yang ingin aku kongsikan dengannya....Sekarang nie dia da dapat lesen kereta lagilah aku tak sabar nak balik cuti hahahahaha......Banyak benda yang sudah dirancang apabila cuti mid sem nanti sudah semestinya cuti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya....Seminggu sebenarnya tak cukup bagi aku huhuhuhu biasalah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang diberi......Aku lebih suka menghabiskan waktu cuti aku dirumah bersama keluarga berbanding pergi melancong ke negara lain....Bagi aku rumah aku adalah segala-galanya hahahaha kadang-kadang ada orang ajak aku keluar pun aku rasa malas nak ikut......excited sangattttt nak cuti mengalahkan budak sekolah pun ada kadang-kadang......Selamat bercuti bagi mereka-mereka yang akan bercuti dan jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan walau dimana anda berada....

Byebye

Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

             Bila sebut jea pasal air alangkah bahagianya kalau aku dapat minum air yang sejuk dalam keadaan cuaca yang amat panas sekali....Sekarang nie musim panas telah melanda negara kita jadi kenalah jaga kesihatan dimusim panas nie jangan sampai jatuh sakit....Minumlah sebanyak mana air yang boleh supaya tekak kita tak kering....Aku teringan nak minum air batu campur kat Melaka...Sedapnya kalau dapat minum mesti hilang terus rasa dahaga.....Aku boleh bayangkan betapa nikmatnya kalau dapat minum air batu campur kalau dapat yang dekat Mahkota Parade,Melaka punya lagilah nikmatnya tak terkata....Bagi aku air batu campur dekat Mahkota Parade tiada tandingannya dengan mana-mana kedai yang lain kerana air batu campur yang dibuat itu tidak sama dengan yang orang lain buat....Hal ini kerana,air batu campur itu dipenuhi dengan gula melaka yang asli dan tulen tidak dapat di negeri-negeri yang lain....Bila kita minum kita akan dapat merasakan kemanisan yang asli daripada gula melaka itu sendiri ditambah pula dengan bahan-bahan lain yang ada seperti kacang,cendol,dan sebaigainya menambahkan lagi kesedapannya....Haihhhhh tak sabarnya aku nak balikkkkkk....Da lama mengidam nie huhuhuhuhu.......Sehingga berjumpa lagi.... :)

Byebye