Friday, 8 April 2016

Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

                  Harini aku ini berkongsi mengenai impian aku....Impian aku pada mulanya adalah ingin menjadi seorang cikgu Bahasa yang berjaya kerana aku ingin memartabatkan bahasa kita tetapi malangnya impian aku itu tidak kesampaian kerana aku gagal untuk melanjutkan pelajaran aku ke maktab perguruan....Aku tidak mengalah begitu sahaja walaupun aku tidak boleh menjadi seorang guru bahasa tetapi aku yakin suatu hari nanti aku boleh menjadi seorang pensyarah yang berjaya dalam bidang yang aku pelajari sekarang ini....Kalau nak bercerita mengenai impian aku ini memang banyak sekali tetapi aku kongsi hanya yang penting sahaja hahahahahaha....Impian aku yang seterusnya adalah untuk membalas jasa kedua ibu dan bapa aku.....Yea mereka telah banyak berkorban untuk aku dan adik-beradik aku yang lain banyak halangan dan rintangan yang mereka tempuhi dalam membesarkan kami semua...Aku hanya boleh belajar bersungguh-sungguh sekarang ini dan mendapat pekerjaan yang bagus agar mereka boleh hidup bahagia kerana aku adalah anak bongsu dalam family dan aku seorang sahaja yang masih belajar jadi aku akan sedaya upaya cuba untuk membanggakan mereka seperti adik-beradik aku yang lain....Aku juga mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman aku dan rumah impian aku....Aku akan cuba untuk merealisasikan semua impian yang aku ada suatu hari nanti ...Itu janji aku pada diri sendiri....Doakan agar segala impian aku tercapai..Aminn...Sehingga berjumpa lagi dicoretan yang seterusnya....

Byebye

                                                     


No comments:

Post a Comment