Thursday, 28 April 2016

Arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

                   Pada kali ini aku ingin berkongsi mengenai arnab sepupu aku yang mempunyai gigi seperti arnab hahahahahahaha.....Sepupu aku bernama khaliesah dan kami selalu memanggilnya dengan panggilan esya.....Dia selalu menjadi bahan usikkan kami apabila kami bertemu...Dia mempunyai gigi yang unik iaitu seperti arnab...Dalam kalangan adik beradiknya dia seorang sahaja yang bergigi arnab....Walaupun dia mempunyai gigi seperti arnab tetapi apabila dia senyum,senyumannya sungguh manis untuk dipandang hahahahaha....Esya seorang yang penyabar bagi aku kerana walaupun seringkali diejek giginya seperti arnab dia tidak cepat melenting atau sentap dengan kami ,yang membuatkan kami suka menyakatnya...Bagi aku walaupun dia sering digelar memiliki gigi seperti arnab tetapi sifatnya yang tidak suka membalas balas ejekkan yang dilontarkan kepadanya patut dicontohi kerana ada sesetengah orang kalau kita menyakat dia,dia akan marah dan naik angin tetapi kalau dia menyakat orang boleh pulak...Orang sepertinya aku rasa baik hidup sorang jea kalau orang lain tak boleh menyakat dia balik....Sekarang ini kami tidak panggilnya lagi dengan gelaran gigi arnab kerana masing-masing pun sudah meningkat dewasa dan panggil itu tidak sesuai untuk dipanggil lagi seperti dulu....Jadi pengajaran yang aku dapat ialah kita janganlah cepat melenting kalau seseorang mengejak kita sebaliknya kita harus bersabar kerana lama kelamaan orang tersebut akan diam kerana penat menyakat kita...Sekian terima kasih...

Byebye

No comments:

Post a Comment