Sunday, 29 May 2016

Minggu Terakhir

Assalamualaikum semuaaaaaaaaa,

              Insyallah pada 6 Jun 2016 kita semua akan menyambut bulan Ramadhan...Pada semester ini peperiksaan akhir bagi aku dan rakan-rakan adalah dalam bulan yang penuh dengan keberkataan iaitu bulan Ramadhan....Harap-harap kami semua mendapat keberkatan untuk menjawab semua kertas-kertas peperiksaan bagi semua subject.......Sudah hampir sampai ke peperiksaan akhir jadi minggu-minggu terakhir ini adalah minggu yang paling sibuk bagi aku dan rakan-rakan kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum kami menghadapi minggu peperiksaan......Banyak perkara yang harus diperbaiki daripada semester lepas agar keputusan yang lebih baik dapat diperolehi pada semester ini....Aku sudah start ulang kaji sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut sebelum hari peperiksaan...banyak tips-tips yang diberikan oleh pensyarah selalunya pada minggu-minggu akhir jadi rajin-rajinkan lah diri untuk datang ke kuliah jangan malas-malas lagi da nanti menyesal tak guna...Hahahahahahahaha peringatan buat diri sendiri yang kadang-kadang alpa dengan duniawi...Akhir sekali aku harap aku dapat menempuh minggu peperiksaan akhir nanti dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang.......

Byebye

Thursday, 26 May 2016

Sesal

Assalamualaikum semuaaaaa,

        Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna sesuai untuk menggambarkan bahawa kita perlulah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara supaya kita tidak menyesal dikemudian hari nanti.Kadang-kadang kita melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan baik buruknya terlebih dahulu dan hal ini menyebabkan kita menyesal apabila sesuatu perkara buruk terjadi.....Bagi aku sebelum kita bercakap atau melakukan sesuatu tindakan terhadap orang lain kita perlu berfikir dahulu adakah apa yang kita cakap atau lakukan akan menyinggung perasaan orang itu...Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa......Apabila seseorang itu terasa dengan kita ia pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka walaupun mereka telah memaafkan kita tapi mereka akan ingat juga apa yang pernah kita lakukan kepada mereka suatu ketika dahulu.....Apabila hal ini terjadi penyesalan tidak lagi berguna.....Oleh itu,kita haruslah berhati-hati sebelum melakukan sesuatu agar kita tidak menyesal dikemudian hari.....Aku pernah terasa hati dengan seseorang ini walaupun aku telah memaafkan dia tetapi perkara yang dia lakukan pada aku akan aku ingat sampai bila-bila..Mungkin hal ini kecil bagi dia tapi tidak bagi aku kerana hal itu memberi kesan yang sangat mendalam.Walaupun dia mengatakan penyesalan dia berkali-kali tetapi benda itu sentiasa segar dalam ingatkan aku....Maaf aku bukan pendedam tapi perkara itu amat perit untuk aku hadapi ia menyakitkan sangat.....

Byebye

Thursday, 19 May 2016

Peluang

Assalamualaikum semuaa.......

                     Perlukah kita memberi peluang kedua kepada seseorang?????? Bagi aku setiap orang tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana tiada seorang pun didunia ini yang sempurna.......Peluang kedua harus diberikan kepada mereka yang melakukan kesalahan tetapi bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan kepada kita....Jika kesalahan yang dilakukan amat susah untuk kita terima jadi aku rasa tiada peluang kedua untuk orang yang sebegini....Misalnya apabila seseorang itu sudah buang kita dari kehidupannya kemudian tiba-tiba datang untuk mendapatkan kita kembali bagi aku orang sebegini memang tidak perlu diberi peluang kedua kerana tidak mustahil peristiwa yang pernah terjadi itu akan berulang...Kalau dia betul-betul inginkan kita dia tidak akan buang kita satu masa dahulu....Hahahahahahaha macam pakar motivasi pulak aku nie......Peluang kedua hanyalah untuk orang yang betul-betul layak untuk mendapatkannya bagi aku...Bukan orang yang bila buat salah kita maafkan lepastu buat lagi kesalahan yang sama dan meminta maaf lagi....Orang macam ini boleh pergi jauh-jauh....Ingat setiap manusia ada perasaan dan bukannya untuk dipermainkan.....Sehingga bertemu lagi....

Byebye

Wednesday, 18 May 2016

16 MAY 2016

Assalamualaikum semuaaaaa..........

                         16 May 2016 tarikh yang bermakna bagi aku......Walaupun sukar untuk aku terima kenyataan itu tetapi aku harus juga terima hakikat yang sesuatu yang berlaku bukan atas kemahuan kita......Andai masa boleh diputarkan aku yakin semua orang pun ingin kembali ke masa lalu sama jugak seperti aku....Andai masa dapat diputarkan aku ingin memperbaiki semuanya....Mungkin semua ini berlaku disebabkan kesalahan mahupun kelalaian diri sendiri....Aku tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku tetapi aku kecewa dengan diri sendiri.....Apa-apa pun aku kena kuat untuk hadapi semua ini mungkin ini ujian yang diberikan untuk aku.....Lebih baik aku tahu perkara yang sebenar sekarang kerana walaupun sukar untuk terima lukannya tidaklah sedalam jika aku tahu perkara sebenar di masa hadapan...Mungkin kalau aku tahu perkara yang sebenar kemudian hati aku akan lagi sakit dan remuk berbanding sekarang.....Aku serah segalanya kepada ketentuan-Nya....Jika ditakdirkan sesuatu itu untuk aku pasti ia akan menjadi milikku jugak....Siapalah kita untuk menidakkannya.....Aku harap aku kuat untuk menghadapi semua ini sendirian.....


Byebye :')


Sunday, 15 May 2016

Abangku

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu,

               Harini aku ingin bercerita mengenai abang aku yang paling rapat dengan aku....Nama diberi Muhammad Firdaus Bin Salman...Hahahahahahaha habis la kalau dia tahu aku tulis pasal dia...Bagi aku abang aku adalah orang yang paling memahami karenah aku berbanding orang-orang yang lain...Abang aku ini jenis cepat tahu apa-apa maklumat jadi aku tak boleh langsung nak berahsia dengannya.Bak kata antara aku dengan dia memang tiada rahsia yang boleh aku sembunyikan..Dia seorang yang penyayang,bertanggungjawab, dan segala-galanya bagi aku....Aku tak tahu la hidup aku bagaimana tanpa dia.... :( Tapi dia seorang yang tegas kalau bab-bab yang berkaitan dengan agama...Bila aku sesak-sesak tak ada duit atau aku ada masalah dengan dialah yang selalu aku ceritakan berbanding dengan adik-beradik yang lain...Tapi kadang-kadang aku cuba berjimat menggunakan duit yang dibekalkan kerana aku tahu abangku juga ada family dan tentu dia juga ingin menggunakan duit jadi aku akan cuba untuk tidak meminta duit daripadanya.....Kalau hendak bercerita pasal abang aku yang seorang nie satu hari pun takkan habis jadi sampai disini sahaja lah yang boleh aku kongsikan sedikit sebanyak mengenai abang kesayangku....Sehingga bertemu lagi.....

Byebye

Thursday, 12 May 2016

Putus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                            Aku tetap dengan keputusan aku.....Yea memang aku seorang yang keras kepala tiada siapa boleh menidakkan apa yang telah aku buat kerana aku tetap dengan keputusan aku walau apa pun yang terjadi..Aku dah penat asyik hendak ikut apa sahaja yang orang katakan...Aku juga mempunyai pendapat aku yang tersendiri jangan ingat korang jea yang bagus.....Ingat manusia semuanya tidak sempurna.....Kalau rasa diri tu bagus sangat selesaikan lah sendiri segala masalah yang timbul....Memang aku diamkan diri selama ini tetapi ingat sabar aku ada hadnya bila ia meletus nasib la....Aku paling benci kalau ada orang buat benda yang aku tak suka....Masing-masing sudah besar jadi aku harap tolong hormat dengan segala keputusan yang aku buat......Jangan buat orang lain macam sampah....Ada masa kita boleh bergurau ada masa kita boleh bermain tetapi ada masa juga kita perlu serius.....Tolonglah matang sikit pemikiran tu......Sekian hormati keputusan orang lain kalau hendak orang hormat keputusan kau......

Byebye

Sunday, 8 May 2016

BFF

Assalamualaikum..........

                   BFF adalah singkat untuk best friend forever.....Aku yakin yang semua orang ada bff masing-masing....Aku mempunyai bff aku yang terdiri daripada pelbagai bangsa.....Bagi aku mereka adalah kawan semasa susah dan senang....Kami mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah menengah lagi....Persahabatan yang dijalinkan telah mencecah usia 5 tahun....Walaupun masing-masing sedang sibuk mengejar impian mereka tetapi dengan adanya teknologi kami tetap dapat berhubung antara satu sama lain.....Dalam kumpulan aku selalu dikenali sebagai budak yang skema la konon-kononya hahahaha sebab aku suka membaca....Qystina seorang peminat fanatik kpop semua bende pasal kpop smuanya dia tahu dan dia merupakan seorang yang banyak bercakap ada jea bende yang nak diceritakan apabila kami bersua...Amnah yang bagi aku merupakan seorang yang bijak dalam berkata-kata dan merupakan seorang pelawak dalam kumpulan kami kerana ada saje lawaknya yang akan membuat kami ketawa terbahak-bahak.....Liyana pula merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan orang yang paling rapat dengan cikgu-cikgu disekolah sampai kami mengelarnya sebagai anak angkat cikgu-cikgu....Manakala Ummi dan Shanu adalah seorang pelukis dan orang yang kreatif dalam kumpulan ini kerana hasil air tangan mereka sangatlah cantik dan menarik...Akhir sekali budak kecik dalam kumpulan kami iaitu Diba...Dia merupakan seorang yang meminati subject sejarah kerana cita-citanya ingin menjadi peguam tetapi dia selalu menjadi usikkan kerana ketinggiannya yang pendek...Kami selalu mengusiknya kalau dia jadi peguam mesti nanti dia adalah peguam yang paling pendek sekali....Hahahahahahahaha....Memang benar kata orang yang memori semasa disekolah sangatlah berharga dan bermakna sekali...Andai masa itu dapat diputarkan aku ingin kembali ke zaman persekolahan...Ia merupakan kenangan berharga bg aku....Boleh dikatakan yang kumpulan aku yang paling popular dalam kelas hahhahaha......Sekian...

Byebye

Saturday, 7 May 2016

Carut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                        Tajuk pada kali ini berbeza sedikit kerana pada kali ini aku ingin bercerita mengenai carut....Seperti yang kita tahu carut adalah sesuatu perbuatan memaki atau menggunakan bahasa yang kurang sopan.....Yea perkataan seperti b&b&,c****a ,l*****t,dan seangkatan dengannya aku sudah biasa dengar...Maklumlah orang melaka kan suka mencarut dan gunakan kata-kata yang kasar macam nie....Tapi perkataan yang selalu aku gunakan bila bercakap dengan orang yang rapat dengan aku mesti diorang tahu yang aku suka cakap hawau...Bagi aku hawau tu bukan mencarut pun hahahahahahaha.....Ada satu kisah pasal seorang rakan dari negari lain yang tak boleh tahan dengan bahasa yang orang melaka gunakan....Biasa la bagi orang melaka kalau usik-mengusik menggunakan bahasa kasar tapi seorang rakan nie dia tak boleh terima apabila setiap kali kawan dia bercakap menggunakan perkataan seperti b&b& dan l*****t,dia akan terus melenting dan cepat sentap....Bagi aku kalau siapa-siapa yang tak boleh terima bahasa kasar yang digunakan oleh kami baik jangan berkawan dengan kami kerana kami memang begitu....Mungkin ada sesetengah orang yang akan pandang serong bila dengar perkataan-perkataan carut atau pedih telinga tapi terimalah hakikat yang kami memang sudah sebati dengan kata-kata yang sebegitu.

Sekian.......