Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tajuk pada kali ini berbeza sedikit kerana pada kali ini aku ingin bercerita mengenai carut....Seperti yang kita tahu carut adalah sesuatu perbuatan memaki atau menggunakan bahasa yang kurang sopan.....Yea perkataan seperti b&b&,c****a ,l*****t,dan seangkatan dengannya aku sudah biasa dengar...Maklumlah orang melaka kan suka mencarut dan gunakan kata-kata yang kasar macam nie....Tapi perkataan yang selalu aku gunakan bila bercakap dengan orang yang rapat dengan aku mesti diorang tahu yang aku suka cakap hawau...Bagi aku hawau tu bukan mencarut pun hahahahahahaha.....Ada satu kisah pasal seorang rakan dari negari lain yang tak boleh tahan dengan bahasa yang orang melaka gunakan....Biasa la bagi orang melaka kalau usik-mengusik menggunakan bahasa kasar tapi seorang rakan nie dia tak boleh terima apabila setiap kali kawan dia bercakap menggunakan perkataan seperti b&b& dan l*****t,dia akan terus melenting dan cepat sentap....Bagi aku kalau siapa-siapa yang tak boleh terima bahasa kasar yang digunakan oleh kami baik jangan berkawan dengan kami kerana kami memang begitu....Mungkin ada sesetengah orang yang akan pandang serong bila dengar perkataan-perkataan carut atau pedih telinga tapi terimalah hakikat yang kami memang sudah sebati dengan kata-kata yang sebegitu.
Sekian.......
No comments:
Post a Comment