Sunday, 8 May 2016

BFF

Assalamualaikum..........

                   BFF adalah singkat untuk best friend forever.....Aku yakin yang semua orang ada bff masing-masing....Aku mempunyai bff aku yang terdiri daripada pelbagai bangsa.....Bagi aku mereka adalah kawan semasa susah dan senang....Kami mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah menengah lagi....Persahabatan yang dijalinkan telah mencecah usia 5 tahun....Walaupun masing-masing sedang sibuk mengejar impian mereka tetapi dengan adanya teknologi kami tetap dapat berhubung antara satu sama lain.....Dalam kumpulan aku selalu dikenali sebagai budak yang skema la konon-kononya hahahaha sebab aku suka membaca....Qystina seorang peminat fanatik kpop semua bende pasal kpop smuanya dia tahu dan dia merupakan seorang yang banyak bercakap ada jea bende yang nak diceritakan apabila kami bersua...Amnah yang bagi aku merupakan seorang yang bijak dalam berkata-kata dan merupakan seorang pelawak dalam kumpulan kami kerana ada saje lawaknya yang akan membuat kami ketawa terbahak-bahak.....Liyana pula merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan orang yang paling rapat dengan cikgu-cikgu disekolah sampai kami mengelarnya sebagai anak angkat cikgu-cikgu....Manakala Ummi dan Shanu adalah seorang pelukis dan orang yang kreatif dalam kumpulan ini kerana hasil air tangan mereka sangatlah cantik dan menarik...Akhir sekali budak kecik dalam kumpulan kami iaitu Diba...Dia merupakan seorang yang meminati subject sejarah kerana cita-citanya ingin menjadi peguam tetapi dia selalu menjadi usikkan kerana ketinggiannya yang pendek...Kami selalu mengusiknya kalau dia jadi peguam mesti nanti dia adalah peguam yang paling pendek sekali....Hahahahahahahaha....Memang benar kata orang yang memori semasa disekolah sangatlah berharga dan bermakna sekali...Andai masa itu dapat diputarkan aku ingin kembali ke zaman persekolahan...Ia merupakan kenangan berharga bg aku....Boleh dikatakan yang kumpulan aku yang paling popular dalam kelas hahhahaha......Sekian...

Byebye

No comments:

Post a Comment