Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna sesuai untuk menggambarkan bahawa kita perlulah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara supaya kita tidak menyesal dikemudian hari nanti.Kadang-kadang kita melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan baik buruknya terlebih dahulu dan hal ini menyebabkan kita menyesal apabila sesuatu perkara buruk terjadi.....Bagi aku sebelum kita bercakap atau melakukan sesuatu tindakan terhadap orang lain kita perlu berfikir dahulu adakah apa yang kita cakap atau lakukan akan menyinggung perasaan orang itu...Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa......Apabila seseorang itu terasa dengan kita ia pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka walaupun mereka telah memaafkan kita tapi mereka akan ingat juga apa yang pernah kita lakukan kepada mereka suatu ketika dahulu.....Apabila hal ini terjadi penyesalan tidak lagi berguna.....Oleh itu,kita haruslah berhati-hati sebelum melakukan sesuatu agar kita tidak menyesal dikemudian hari.....Aku pernah terasa hati dengan seseorang ini walaupun aku telah memaafkan dia tetapi perkara yang dia lakukan pada aku akan aku ingat sampai bila-bila..Mungkin hal ini kecil bagi dia tapi tidak bagi aku kerana hal itu memberi kesan yang sangat mendalam.Walaupun dia mengatakan penyesalan dia berkali-kali tetapi benda itu sentiasa segar dalam ingatkan aku....Maaf aku bukan pendedam tapi perkara itu amat perit untuk aku hadapi ia menyakitkan sangat.....
Byebye
No comments:
Post a Comment